Tips Berunding Dengan Ejen Hartanah (Pembeli)

Tips Berunding Dengan Ejen Hartanah (Pembeli)

1. Gaji Anda.
Sila tunjukkan slip gaji terkini anda agar ejen hartanah mampu membuat kiraan jenis rumah yang sesuai dengan purata gaji anda.
Ada juga yang bergaji RM5000 tetapi tidak mampu untuk membuat pinjaman perumahan apa lagi memiliki rumah. Hal ini penting untuk ejen hartanah tahu agar dia mampu membantu anda membeli rumah.

2. Deposit Yang Anda Mampu.
Jika anda berhasrat untuk membeli rumah subsale, berterus terang sahaja jumlah simpanan anda untuk membeli rumah.
Ini memudahkan ejen hartanah untuk membuat anggaran pemarkahan pembelidengan simpanan anda. Anda jangan tak tahu bahawa bermula 2018, bank menetapkan 10% deposit untuk pembelian rumah subsale.

3. Senarai Komitmen Anda (DSR)
Ejen hartanah perlu tahu komitmen bulanan anda merangkumi ansuran kereta, PTPTN, kad kredit, ASB, pinjaman peribadi dan sebagainya. Ini penting untuk mengira Debt Servicing Ratio (DSR) anda.
Jika anda ada membuat pinjaman along, bayaran duit kutu itu tidak perlu kerana tidak direkodkan di dalam CCRIS anda.

4. Pembeli Merendah Diri.
Pembeli haruslah merendah diri saat membeli rumah dengan ejen hartanah dan bersifat neutral dan tidak perlu hipokrit kerana akan menyukarkan proses jual beli hartanah kelak.
Jika anda telah disenarai hitam gara-gara kad kredit, ada baik anda bersifat tenang dan tidak sembang terlalu gah ingin beli banglo tiga tingkat di Mont Kiara.
Pokok pangkalnya, ejen hartanah itu manusia biasa sahaja dan mereka juga punya hati dan perasaan. Jika baik cara anda, maka baiklah ejen hartanah tersebut dengan anda.

Comments

Popular posts from this blog

UNIT-UNIT UNTUK JARAK TANAH

BEZA ANTARA PENTADBIR HARTA, PEMEGANG AMANAH DAN WAKIL KUASA DALAM URUSAN HARTANAH KELUARGA

JANGAN LUPA URUSKAN 3 PERKARA WAJIB INI SELEPASA SELESAI JUAL BELI RUMAH SUB-SALE!