Dokumen Wajib Untuk Mohon House Loan Dari Bank.

Dokumen Wajib Untuk Mohon House Loan Dari Bank.
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

🍏Buat anda yang bakal membeli rumah pertama dan memohon pinjaman dari bank, sila fahami perkongsian ini dengan baik.

🍏Berdasarkan rekod, 1/3 permohonanan gagal kerana dokumen yang tidak lengkap.

🍏Oleh yang demikian, adalah penting untuk anda sediakan segala dokumen yang bakal menjadi bukti profil kewangan anda iaitu :-

🍓Salinan IC.
Sila sediakan salinan IC depan dan belakang.

🍓Slip gaji terkini. (3 bulan)
Sediakan slip gaji terkini contoh : Oktober 2018, November 2018 dan Disember 2018.

🍓Penyata bank. (3 bulan)
Anda boleh cetak secara online melalui internet seperti Maybank2u dan CIMB Click.

🍓Penyata tahunan KWSP. (EPF)
Anda boleh cetak secara percuma di mesin yang disediakan di bank berdekatan anda.

🍓EA Form. (jika perlu)
Mohon dari jabatan HR syarikat anda dan ini hanya tersedia Setahun selepas tempoh 1 tahun bekerja mengikut gaji.

🍓Surat Pengesahan Kerja Dari Majikan.
Mohon surat ini dari jabatan HR anda sebagai bukti anda bekerja di syarikat atau organisasi yang anda nyatakan.

🍓Dokumen Sokongan (Penyata ASB, Tabung Haji)
Lampirkan bukti sokongan ini jika anda menyimpan wang anda di ASB atau Tabung Haji.

🍓Salinan Rekod CCRIS.
Cetak penyata CCRIS anda secara online atau dapatkan di Bank Negara Malaysia.

🍓Salinan Rekod CTOS.
Cetak salinan CTOS anda secara online dan lampirkan sebagai bukti untuk menunjukkan anda bebas dari hutang dan tidak diisytihar muflis.

Semoga perkongsian ini membantu anda dalam memohon pinjaman perumahan dari bank!

Comments

Popular posts from this blog

UNIT-UNIT UNTUK JARAK TANAH

BEZA ANTARA PENTADBIR HARTA, PEMEGANG AMANAH DAN WAKIL KUASA DALAM URUSAN HARTANAH KELUARGA

JANGAN LUPA URUSKAN 3 PERKARA WAJIB INI SELEPASA SELESAI JUAL BELI RUMAH SUB-SALE!