Jenis Cukai Harta Tanah
Pelbagai Cukai Harta Tanah
-------------------------------
Yelah, kau dah guna tanah di kawasaan seliaan kerajaan pusat / tempatan, maka memang layaklah dikenakan cukai.
Sebab apa? Sebab cukai lah sumber pendapatan negara utama negara untuk membina negara Malaysia Baru…ho ho ho.
.
.
Ok, ada 3 fasa yang dikenakan cukai. Fasa membeli hartanah, fasa pegangan hartanah, dan fasa jualan.
Jom tengok satu persatu secara ringkas.
.
.
FASA MEMBELI:-
.
1⃣. Cukai Duti Setem (ad-valorem) tukar hak milik.
🔸 Juga dikenali memorandum of transfer (MOT).
🔸 Kadar bayaran mengikut harga rumah atau harga transaksi, yang mana lebih tinggi.
.
.
2⃣. Cukai Duti Setem tetap.
🔸 Duti setem yang dikenakan kepada terhadap Perjanjian Jual Beli.
🔸 Kadar tetap RM10.
.
.
3⃣. Cukai Duti Setem (ad-valorem) ke atas Pembiayaan hartanah.
🔸 Dikenakan jika ada pembiayaan ke atas hartanah tadi.
🔸 Kadar yang dikenakan adalah mengikut jumlah pembiayaan. Akan tetapi disebabkan Order pada tahun 2008, kadar tetap 0.5% sahaja daripada jumlah pembiayaan.
.
.
FASA PEGANGAN:-
.
4⃣. Cukai Taksiran.
🔸 Juga dikenali sebagai Cukai Pintu.
🔸 Dikenakan oleh majlis perbandaran 2 kali setahun.
🔸 Kadar yang dikenakan adalah berdasarkan nilai sewaan tahunan hartanah bagi semua negeri semenanjung menggunakan nilai sewaan tahunan kecuali negeri Johor dan Melaka yang menggunakan nilai semasa hartanah.
.
.
5⃣. Cukai Tanah.
🔸 Dikenakan oleh Pejabat Tanah setiap negeri.
🔸 Bergantung kepada jenis, saiz dan negeri.
🔸 Bayaran dikenakan sekali setahun.
🔸 Termaktub dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976.
🔸 Kadar yang dikenakan pada jumlah yang ditetapkan untuk setiap meter persegi.
.
.
6⃣. Cukai pendapatan atas sewaan.
🔸 Dikenakan kepada pemilik hartanah yang menyewakan hartanah mereka.
🔸 Dikenakan oleh setiap tahun selagi mana hartanah disewakan.
.
.
7⃣. Cukai perjanjian sewaan.
🔸 Dikenakan ke atas perjanjian sewaan yang kau buat.
.
.
FASA JUALAN:-
.
8⃣. Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT)
🔸 Nama ‘famous’nya RPGT.
🔸 Dikenakan kepada penjual yang mendapat keuntungan selepas total harga jualan ditolak dengan total harga pembelian.
.
.
.
Ok, begitulah 8 jenis cukai yang dikenakan ke atas hartanah bila kau beli, pegang dan jual hartanah.
Comments
Post a Comment